Saturday, July 25, 2009

Microsoft Windows is a series of software operating systems and graphical user interfaces produced by Microsoft. Microsoft first introduced an operating environment named Windows in November 1985 as an add-on to MS-DOS in response to the growing interest in graphical user interfaces (GUIs).[1] Microsoft Windows came to dominate the world's personal computer market, overtaking Mac OS, which had been introduced previously. At the 2004 IDC Directions conference, it was stated that Windows had approximately 90% of the client operating system market.[2] The most recent client version of Windows is Windows Vista; the most recent server version is Windows Server 2008. Vista's successor, Windows 7 (currently at release to manufacturing), is scheduled to be released on October 22, 2009.

amazing people around me in scct1023 group A

my classmate in scct1023....
  • WAIKE
    MALACCA ,GREEN,PLAYING BADMINTON, CAFE.
  • UMI KEDAH,RED, CHATTING, JITRA
  • LINA SABAH,GREEN,LISTENING RADIO,ROOM
  • ROSLINE JOHOR,WHITE, CHATTING,FRIEND ROOM
  • KALAI KEDAH,BLACK AND WHITE, CHATTING, LANGKAWI
  • RIDWAN NIGERIA,BLUE,TALKING, KL
  • YANA SABAH,ALL COLOUR ,SURF INTERNET, TIME SQUARE AND SG WANG
  • NADIA PERAK,PURPLE,sSURF INTERNET, SHOPPING CENTRE
  • ZA TERENGGANU,BLUE,CHATTING, SHOPPING CENTRE
  • NAD KEDAH ,BLUE,READING NOVEL,ROOM
  • NURUL INDONESIA,BROWN,TRAVELLING MALL
  • LOGES KELANTAN, PINK,LISTENING MUSIC , TUMPAT
  • YUSOF SELANGOR,RED AND WHITE ,SURF INTERNET, KL
  • IZAHAR KEDAH,GREEN ANG YELLOW,SURF INTERNET,BEACH
  • SEHA TERENGGANU,BLACK AND WHITE,CHATTING, PUTRAJAYA
  • SAY-ARE SELANGOR, PINK,SURF INTERNET, PUTRAJAYA
  • MIEY PERLIS,RED,WHITE AND BLACK, WALL CLIMBING,ALL CAFE IN MALAYSIA
  • MIT PERLIS,GREEN, CHATTING, SHOPPING CENTRE
  • LEA PERAK,WHITE,READINGA, FOODCOURT
  • HANIS P.PINANG,PURPLE,SURF INTERNET,SHOPPING CENTRE
  • NAQIA JOHOR,BLUE,READING, SHOPPING CENTRE
  • SANDRA SABAH,RED, CHATTING,ROOM
  • AH YIEN SARAWAK,PURPLEREADING NOVEL,BOOK SHOP
  • CHUA PERAK, PINK,SINGING,SHOPPING CENTRE
  • SIMON I P.PINANG,PURPLE,PLAYING PIANO, REDBOX
  • AARON TAN P.PINANG,BLACK,PLAYING FOOTBALL , PUB
  • KATHERINE SELANGOR,BLUE,PLAYING BADMINTON, SHOPPING MALL
  • YINGKEDAH,PURPLE,SINGING, SHOPPING MALL
  • MUN SELANGOR,BLUE, MEMBACA, SHOPPING CENTRE
  • FISHI PAHANG,RED,PLAYING BADMINTON, CAFE
  • YEN PIN PAHANG, PINK, SHOPPING,ALL SHOPPING CENTRE
  • FUNG SARAWAK,A PURPLE,WATCH TV, PANTAI
  • SOK PENG KUANTAN,BLUE,WATCH MOVIE, SHOPPING CENTRE
  • CHAN JOHOR,YELLOW,LISTENING MUSIC,WATERFALL
  • PEI CHIN PAHANG,BLUE,JOGGING, KL
  • YAU KL,WHITE,SLEEP, YAB
  • KONG KL,BLACK,PLAYING FOOTBALL, CAFE YAB
  • ANGGIE INDONESIA,BLUE,PLAYING TENNIS CINEMA
  • SAM PERAK, SILVER,LISTENING MUSIC, CAFE
  • C++ P.PINANG,PURPLE,PLAYING COMPUTER,SHOPPING CENTRE

Friday, July 24, 2009

hardware nagn software komputer...ritue lajo

salam..
pada ritue lupe tarikh kami didedahkan ngan bende yg sudah kami bese taw iaitu pasei komputer..
tolnye komputer ade leh dibahagi to 3 part..
firstnye is output. output nie cam tool yg digunakan tuk create msg oo maklumat.
cam microfon keyboard, mouse n so on.
secondnye is input. input ialah cam bende yg process satu2 maklumat.
lastly ialah sofware. cam perisian o program yg d dalam komputer. d due jenis windows ngan macintosh.

Wednesday, July 15, 2009

rabiatul adawiyah srikandi islam

Rabiatul Adawiyah

PENGHUJUNG abad pertama Hijrah. Keadaan kota Basrah sudah jauh berubah dari sebelumnya. Penghuninya sudah menjadi pencinta-pencinta dunia dan segala harta kekayaan yang ada. Percampuran lelaki dan perempuan semakin berleluasa, sehingga muncullah pelbagai bidaah dan kemungkaran yang tidak pernah ada sebelumnya. Mereka berlumba-lumba mencari kemegahan duniawi sehingga tersebarlah kejahatan di serata pelosok kota Baghdad. Kekuatan iman mulai pudar dan orang-orang yang warak, qanaah dan hidup sederhana sudah hampir lenyap sama sekali.

Namun, Allah tetap memelihara agamanya dengan menghidupkan di kalangan mereka, orang-orang yang tidak terpesona dengan keindahan duniawi yang sementara. Mereka ini dipimpin oleh Allah menuju ke jalan-Nya dengan menjauhkan diri dari kesibukan urusan duniawi dan kemewahan hidup.

Maka tumbuhlah pondok-pondok sufi di sekeliling kota Basrah, bertaburan di kawasan-kawasan yang sunyi dan terpencil. Para penghuninya adalah para mukminin yang bertakwa, yang tidak punya apa-apa, mencari jalan mereka untuk mengasingkan diri dan menetap jauh-jauh dari manusia, dan mereka ini tidak dipedulikan.

Di sanalah, tinggal sepasang suami isteri yang sangat fakir. Si suami bekerja mendayung sampan, menyeberangkan manusia antara dua tebing Sungai Dajlah yang luas itu. Orangnya sangat bertakwa, terhindar sama sekali dari kecintaan terhadap mata benda dunia, sementara rohaninya meluap-luap dengan keimanan. Ia tidak pernah jemu beribadah kepada Tuhan, tidak pernah berhenti dari bertasbih kepada Allah, sehingga ia dikenali sebagai Al-Abid kerana begitu banyak sekali ibadahnya.

Seluruh masa siangnya digunakan sepenuhnya dengan kerja-kerja sampannya, manakala masa malamnya digunakan untuk munajat kepada Tuhan. Al-Abid yang fakir ini, meski mempunyai tiga orang anak perempuan, dan isterinya sedang sarat mengandung lagi, tidak pernah berasa kekurangan, sebaliknya sentiasa berasa cukup dengan rezeki yang sedikit itu. Ia sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat-Nya sehingga tidak pernah hatinya cenderung kepada dunia dan tidak tamak untuk memilikinya.

Pada suatu malam yang hening dan gelap-gelita, bergemalah tangisan nyaring seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia. Al-Abid mengucap syukur kepada Allah. Diangkatnya bayi perempuan itu, lalu dinamakannya Rabi'ah. Namun, jauh di sudut hatinya, terguris sedikit kesedihan, kerana ia pernah menginginkan anak lelaki yang kelak dapat membantunya di waktu tuanya.

Pada tengah malam itu, ketika ingin merebahkan diri setelah penat bekerja seharian, tiba-tiba Al-Abid bermimpi didatangi Rasulullah s.a.w. Berkata Rasulullah kepadanya: “Jangan engkau berasa sedih, kerana anak perempuan yang baru dilahirkan tadi itu adalah seorang yang akan menjadi orang utama, yang nanti ramai di kalangan umatku akan mendapat syafaat daripadanya.”

Rabi'ah membesar di pondok kelahirannya itu, terpencil dari keluarga lainnya, dan acapkali menderita kelaparan disebabkan kemiskinan yang membelenggu. Di samping itulah tumbuh perasaan keimanan dan ketakwaan yang tinggi sekali. Ia telah mengambil pelajaran agamanya, sifat qanaah dan warak daripada ayahnya. Rohaninya mulai berkembang, dan dia amat gemar membaca al-Quran. Ia telah membaca dan menghafalnya dengan penuh khusyuk serta memahami maknanya dengan penuh yakin dan iman yang mendalam.

Sejak kecil, Rabi'ah sudah biasa menggantungkan semua harapannya kepada dirinya sendiri. Ia selalu diselaputi oleh perasaan sedih dan pilu kerana kemiskinan dan kepayahan hidup yang dilaluinya. Apatah lagi, dalam usia yang masih mentah, ia terpaksa menjalani kehidupan sebagai anak yatim apabila ayahnya meninggal dunia. Dan tidak lama kemudiannya, disusuli pula oleh ibunya. Hilanglah tempat berpaut Rabi'ah dan tiga kakaknya.

Mereka tetap tinggal di pondok yang kian usang itu, menempuh kehidupan yang penuh penderitaan dan sentiasa kelaparan. Masa siang mereka semuanya merupakan kepayahan dan penderitaan, dan malamnya pula merupakan ketakutan dan tangisan. Tiga orang kakaknya bekerja di kota dengan pendapatan yang tidak seberapa, manakala Adawiyah sendiri meneruskan usaha bapanya bekerja mendayung sampan. Sehingga dengan kerjanya itu, Rabi'ah dikenali oleh orang ramai dengan nama Rabi'ah Al-Adawiyah.

Rabi'ah sentiasa berasa sedih dan hiba, takut dan bimbang dalam meneruskan kehidupannya. Sehingga ada kalanya dia bertanya pada dirinya, mengapa dia tiada sebab untuk bersedih sedemikian rupa. Setiap hari, apabila ia kembali ke rumah, dia tenggelam dalam tangisannya yang panjang, dan ada kalanya terus-menerus menangis sepanjang malam tanpa sebab yang tertentu.

Sehinggalah tiba suatu masa, kota Basrah ditimpa kemarau dan kebuluran merata di mana-mana. Ramailah penduduk Basrah berhijrah meninggalkan kota itu, mencari tempat lain yang lebih subur dan kaya dengan rezeki. Antara kumpulan tersebut termasuklah ketiga-tiga orang kakak Rabi'ah.

Mereka telah berpecah, masing-masing menuju ke haluan masing-masing, dan meninggalkan Rabi'ah seorang diri. Sejak hari itu, Rabi'ah tidak pernah lagi melihat mereka, dan tidak pernah mendengar berita mereka, seolah-olah mereka semuanya telah meninggal dunia.

Dalam keadaan terkontang-kanting seorang diri, Rabi'ah telah diculik lalu dijual kepada seorang pedagang dengan harga hanya sebanyak enam dirham. Sejak hari itu, jadilah ia seorang hamba sahaya yang sering disiksa dan dihina dengan bermacam-macam kehinaan oleh tuannya. Namun Rabi'ah tetap menahan diri dengan bersabar dan melakukan segala kerja-kerja berat yang diperintahkan oleh tuannya.

Apabila tiba waktu malam, barulah Rabi'ah terlepas dari belenggu perhambaan, bahkan dari belenggu dunia seluruhnya. Ketika itulah ia tenggelam dalam alam rohani yang mutlak, tenggelam dalam fana kepada Tuhan, dengan sembahyang dan doanya yang tidak pernah putus. Begitulah yang berlaku terus-menerus sehingga beberapa lama.

Suatu malam, pedagang itu cuba mengintip untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh Rabi'ah. Maka ia berasa begitu terharu apabila melihat Rabi'ah sedang sembahyang, dan kemudian bermunajat kepada Tuhan.

“Wahai Tuhanku! Engkau telah mengetahui tentang hatiku yang ingin berbuat ketaatan kepada-Mu, dan cahaya hatiku untuk berbuat khidmat kepada-Mu. Kalaulah perkara itu terserah di dalam anganku sendiri, nescaya aku tidak akan berhenti sebentar pun daripada munajat kepada-Mu. Akan tetapi Engkau telah melepaskan aku di bawah rahmat seorang makhluk yang kasar dan zalim dari hamba-hamba-Mu.”

Mendengar kata-kata Rabi'ah itu, pedagang tersebut berasa gementar lalu berundur dari situ. Keesokan harinya, ia memanggil Rabi'ah lalu membebaskannya. Rabi'ah pun terlepas dari belenggu perhambaan, dan bebas memilih jalan hidupnya sendiri.

Sejak itu, ada perbezaan dalam riwayat hidupnya. Setengah riwayat mengatakan, dia terus menenggelamkan dirinya dalam lingkungan zikir kepada Allah dan bersemadi di dalamnya. Manakala setengah riwayat lain mengatakan, dia terpesong dalam lautan hawa nafsu dan terpalit dengan maksiat dan dosa. Kemudian barulah dia bertaubat dan kembali beribadah kepada Tuhan.

Waktu malamnya dihabiskan dengan bermunajat kepada Tuhan. Ia seringkali menangis, sehingga kalau diberi sesuatu, ia tidak mahu menerimanya dan mengatakan bahawa ia tidak berhajat kepada dunia. Beginilah antara munajatnya kepada Tuhan: “Ya Allah! Aku berlindung diri kepada Engkau dari segala yang ada, yang boleh memesongkan diriku daripada-Mu, dari segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dan Engkau!

“Tuhanku! Bintang-bintang telah menjelma indah, mata-mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintu, dan setiap pencinta telah berpadu dengan orang yang dicintainya, dan inilah dudukku di hadapan-Mu!

“Tuhanku! Tiada kudengar kepada suara binatang yang mengaum, tiada kepada desiran pohon yang bergeser, tiada kepada derasan air yang mengalir, tiada kepada siulan burung yang bernyanyi, tiada kepada nikmatnya teduhan yang melindung, tiada kepada tiupan angin yang menyaman, tiada kepada dentuman guruh yang menakutkan, melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti kepada keesaan-Mu, dan menunjukkan bahawasanya tiada sesuatu yang menyamai-Mu!”

Rabi'ah dikatakan pernah meraung seraya berkata: “Demi kemuliaan-Mu dan kebesaran-Mu. Aku tidak akan tidur (lalai) daripada berkhidmat kepada-Mu di setiap malam dan siang, kecuali jika tidak sengaja, sehingga aku menemui-Mu.”

Ketika Imam Hassan al-Basri ingin melamarnya, Rabi'ah menolak dengan kata-katanya: “Perkahwinan itu memang perlu sekali bagi siapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tidak mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah untuk Tuhanku, dan di bawah perintah Tuhanku. Aku tiada mempunyai harga apa pun pada diriku.”

Di kala usianya mencapai 80 tahun, dan ketika menghadap kematian, ia memanggil pembantunya Abdah dan berkata kepadanya: “Wahai Abdah, Jangan kau menggangguku sesudah aku mati nanti, dan kapankanlah aku di dalam jubahku ini.”

Setelah Rabi'ah meninggal dunia, dia dikafankan oleh pembantunya dengan jubah guni itu, dan dilipatkan pada tubuhnya selendang sufinya. Rabiah telah dikebumikan di Baitul Maqdis pada tahun 135 Hijrah. Semoga Allah merahmatinya.

:shock:

kisah srikandi islam

kisah 1

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota
kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

kisah 2

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa
usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.

kisah rabiatul adawiyah dan pencuri

Kisah Rabi'atul Adawiyah
Post by admin on Feb 26, 2004, 9:11am

Rabi'atul Adawiyah: Kisah-kisah teladan

Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi
agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.
Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau..

KISAH 1:

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."

.....

berusaha keraslah..
jangan pernah mengaku kalah..
hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya...
jangan hidup untuk menerima sebanyak-banyaknya..

kiamat makin dekat... sedarlahhhh!!!!!!!

Kiamat Dah Dekat Dah. Nauzubillah
>
> 1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
> Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
> bersabda:
>
> "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat."
> Baginda menyebutkan salah
> 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -
> Sahih Bukhari
> ~ dah jadi dah...
>
> 2) Zina bermaharajalela.
> "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yg seenaknya
> melakukan persetubuhan
> seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
> kiamat akan datang."
> - Sahih Muslim
> ~ dah nampak dah...
>
> 3) Bermaharajalela alat muzik.
> "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan
> & perubahan muka". Ada
> yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah
> bila hal ini terjadi?"
> Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela
> bunyian(muzik) &
> penyanyi� wanita" - Ibnu Majah
> ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah
> Muzik...
>
> 4) Menghias
> masjid & membanggakannya.
> "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia
> bermegahan dalam
> mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
> ~ memang dah nampak dah...
>
> 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan
> dengan tetangga tidak
> baik.
> "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan
> & perkataan keji,
> memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk
> dalam tetangga." -
> Riwayat Ahmad dan Hakim.
> ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...
>
> 6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
> "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah
> mengambil orang2 yang baik&
> ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
> kecuali orang2
> yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
> tidak mengingkari
> kemungkaran" - Riwayat Ahmad
> ~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
>
> 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
> "Di antara tanda semakin dekatnya
> kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
> Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka
> orang yang paling baik
> ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2
> orang mulia" -
> Riwayat Thabrani
> ~ George Bush, Ariel Sharon& kat Malaysia pun
> ada....???
>
> 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
> "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari
> kiamat ialah manusia
> tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
> dikenalnya
> saja.."
> - Riwayat Ahmad
> ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa....
>
> 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya
> telanjang.
> Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara
> anda� telah hari kiamat
> ialah akan muncul pakaian� wanita & apabila mereka
> memakainya keadaannya
> seperti telanjang".
> ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string
> etc.)...
>
> 10) Bulan sabit kelihatan besar.
> "Di antara tanda2 telah dekatnya
> hari kiamat ialah menggelembung
> (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
> ~ tak caya gi tengok...
>
> 11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan
> berita.
> "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang
> datang kepadamu dengan
> membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum
> pernah
> didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah
> dirimu dari
> mereka agar mereka tidak menyesatkanmu &
> memfitnahmu" - Sahih Muslim
> ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian &
> majalah� yg popular
> skarang nie...
>
> 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang
> benar.
> "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan
> banyak kesaksian palsu &
> disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
> ~ tengok kes peperangan Iraq sbg contoh...
>
> 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
> "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab
> kembali menjadi
> padang
> rumput & sungai�" - Sahih Muslim
> ~ Dubaidah turun salji... Mina dah kene banjir...
>
> TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN� LAIN!
>
> Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah
> s.a.w.bersabda:
>
> "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."